Ulasan dan rating pemain secara membabi buta.
Farizal- Ok.Cuma nampak gabra dengan satu dua tindakan dia perlu keluar atau tidak mengambil bola.Rating 6/10
Fadhli Saas-Kegopohan dia menarik dan ingin memeluk serta mencium pihak lawan mengundang padah apabila ditangkap khalwat oleh pengadil perlawanan.Seterusnya penalti.Yang lain ok.Sebab shukor Adan berjaya mengawal backline nya.Rating 6/10
Shukor Adan- Tenang, Liar,Angkuh, General dalam padang, dan umpama tembok besar di hadapan penjaga gol. Kesilapan clearing tu sebenarnya saja dibuat beliau agar nampak perlawanan macam fight sedikit.Gol beliau amat klasik.Tandukan tak perlu kuat umpama roket (safee sali) Cukup sentuhan sedikit membuat bola itu melantun lalu mengelirukan penjaga gol lawan.Rating-9/10
Kunalan-Akhirnya kelajuan dia dapat juga digunakan.Sebelum ini laju tanpa arah tuju. Sekarang telah mendapat petunjuk dan sinar cahaya.Mungkin senang tugas Dia hanya untuk kejar bola sahaja.Rating-7/10
Zubir-Dia ni kalau rileks sikit boleh jadi lagi baik.Kadang menyerbu ibarat seladang kelaparan.Rating -7/10.
Piya-The Unsung Hero.Walaupun dia kurang mendapat bola.Tetapi dengan sedikit sentuhan magik.Berjaya mengubah perlawanan . Satu hantaran kepada Indra. Satu sepakan sudut sudah cukup mengubah perlawanan.Rating-8/10
Safiq Rahim-Selepas menjaringkan penalti hilang begitu sahaja.Mungkin beliau melepak bersama Pablo Dollah Salleh bagi merencana strategi di luar padang.4 bijik gol dan berkemungkinan memenangi senarai penjaring terbanyak.Gila ko tak angkuh!!.Rating-5/10.
Indra-Tua tetapi bergaya. Berjiwa muda dengan larian tanpa henti memberi tekanan kepada pihak lawan.Hasilnya.Hantaran beliau yang amat cantik kepada Amri menyebabkan pertahanan vietnam sendiri teringin merembat bola itu masuk kedalam jaringnya sendiri.Ye la lorongan bolo cantik.Sapa2 pun nak score.Ye tak. Rating-8/10.
Alex - Macam biasa.Mengelepor tak tentu arah.Tapi aku faham.Dia ada dalam kesebelasan utama kerana kerajinan dia membantu pertahanan dan sikap dia yg sentiasa berjuang.Cuma mengelepor tu dah semakin kronik aku tengok.Rating-5/10
Amri- Antara Pelakon dan penipu terbaik dalam bolasepak(Dalam bolasepak siapa yang bersikap lurus bendul tak akan kemana).World Class.Dengan sentuhan first touch dia.Close ball dan visi dia .Dia sememangnya duri dalam daging untuk pasukan vietnam.Cuma lakonan dia hari ni banyak kantoi.Referee tak tertarik sangat.Rating-8/10.
Matyo-Akhirnya kegersangan dia dihadapan gol dilunaskan dalam game penting ini. Itu pun berhempas pulas dihadapan gol.Aku tengok dia hilang sentuhan nya.Mungkin isu "matyo xsalah masih berlegar di fikirannya".Di harap dengan gol ini dapat memberi keyakinan kembali pemain yang digelar sebagai "The Linesman" oleh peminat bola sikit masa dahulu.Dia dapat kembali sentuhan dia.InsyaAllah kita akan dakap Piala AFF buat kali kedua. Defend Thailand tak sehebat Tengah dan Attacking mereka.Rating-6/10
No comments:
Post a Comment