mengejar ilmu bukanlah segala ,
janganlah dihina dicerca seseorang itu
hanya kerana berbeza pangkat dan harta,
Carilah ketenangan carilah panduan .
Mengapa perlu dilupa tentang hidup ,
belajarlah fahamilah tentang hidup
kerana pengalaman mendewasakan kita .
Pilihlah jalan hidup anda sendiri ,
terokailah jalan yang dipilih itu .
Andai betul jalan itu teruslah mengecapi
hasilnya tanpa perlunya kemegahan ,
Jika tersilap memilih jalan ,
kembalilah ke pangkal jalan
tanpa perlunya sifat berputus asa
kerana hidup ini memang penuh dengan
teka-teki dan misterinya yang tersendiri,
Tiada yang sempurna di dunia
tetapi jadilah sesempurna yang mungkin.
No comments:
Post a Comment